Petronas YoungStars Day 2017 101 (PYD) *Taylor's Uni

Saturday, April 22, 2017

Aku budak SBP & this is my side of story!


Assalammualaikum and hai ebelybodiyh! Dua tiga hari lepas aku baru je lepas update post mengenai Assessement for INTEC scholarship. Boleh klik (SINI) untuk tahu lebih lanjut kay! & aku baru terima email yang mengatakan aku layak join iv untuk scholar INTEC tu. Doakan saya yeah! Before that, post ini panjang okay rakan-rakan.




So, berbalik kepada tujuan asal post ni adalah mengenai Assessement and also IV bagi PYD! (Petronas YoungStars Day 2017) Yup, aku baru je balik dari IV tu harini! Harini! Walaupun penat tak abis lagi, ku gagahkan juga post entry ni lepas Maghrib. Sebab aku tau ada yang tak pergi lagi IV untuk PYD 2017, and aku nak share pengalaman aku supaya korang boleh lebih prepare. Kiranya apa aku nak cerita ni up-to-date laaa kan?

So, waktu first-first aku apply for scholar tu, aku memang TAK YAKIN aku akan dapat, ye laaa payah kot nak dapat tawaran interview untuk PETRONAS. So, saya dengan bodohnya pun meng-apply chemical engineering di UTP for 1st choice and overseas in actuarial science untuk 2nd choice, dan pelrlu diingatkan bahawasanya aku TERSANGAT LAH TAK NGAM dengan chemist kay.

Tapi kalau korang ada masalah sama dengan aku, jangan risau time interview dia TAKDAK KENA MENGENA ngan course yang korang nak apply pun. In fact dia tak tanya and tak sentuh pun. Ok apa yang korang kene buat first first dapat tawaran tu, BUAT/PRINT/PERGI JUMPA SEMUA ORANG YANG NAK KENE TANDA TANGAN TU seba kalau borang korang tak lengkap nanti dia cop besar besar INCOMPLETE and banyak lagi proses korang kene lalu kat sana. 

Hari PYD tu (hari ni lah kiranya) aku bangun 5:40, mak harom awal gila! Lepas breakfast semua aku sampai sana pukul 7:40 macam tu. Orang yang jaga tu SANGAT LAH PERAMAH. Tapi entah kenapa aku tak rasa nervous pula time ni. Maybe sebab aku memang tak mengharap sangat kot. Dalam hati aku kata, ni kalau sangkut kat first assessment pun tak apa lah. Oh yah, tahun ni sama macam tahun lepas, korang semua kene lepas ujian komputer dulu baru boleh proceed assessment kedua iaitu IV.

Oh sebelum tu, PYD aku ni dekat Taylor's Uni, and nasib baik lah juga classmate aku ramai yang dapat hari yang sama. Bukan nak kata, tapi tu lah untungnya duk sbp, sebab pergilah iv kat mana pun konpem akan jumpa balik muka yang kome duk nengok selalu tuu. 

Lepas dah abis sesi pendaftaran korang semua akan dibawa ke bilik yang besar untuk sesi taklimat, dalam perjalanan tu korang akan dapat breakfast, sandwich, mineral water mesra ofcos, apple. Taklimat tak lama pun, yang lamanya nak tunggu giliran nak ke lap komp. And time daftar korang akan dapat stiker yang tertulis L-6 and ect, maksud dia korang dalam kumpulan 6/ akan buat assessment dekat lab-6. Alhamdulillah kawan aku semua dapat lab 6 (yang perempuan, laki lab 7)

Masa ni aku cool lagi, and nak dipendekkan cerita ada dua ujian, first ujian cambrige something, ni senang je, semua pasal diri korang. Jangan tipu sebab ada dua tiga soalan yang berulang tapi tak sebijik, and ada juga cara dia tersendiri nak tau korang jujur ke tak. Just jawab dengan tenang, kalau nak sangat tips; pilih jawapan first yang terlintas dalam otak. Btw, ni soalan objektif, 45 minit, guna komputer and also FULLY ENGLISH K!

Dah abis ujian personaliti tu, dia bagi break around 5 min and then terus start dengan ujian BI and MATH. Ok time ni aku dah start kecut. Sebab kawan aku yang duk takut, so aku pun ikut sama... Apa yang boleh aku simpulkan kat sini, BAGI AKU, DIULANGI BAGI AKU, soalan math dia senang (maybe sebab aku minat math) & jangan risau tak seperti assessment math INTEC yang ni takyah study addmath, just basic math mode but KBAT. 

Dia lebih kurang cam iQ test lah, tapi math. And kawan-kawan yang disayangi mohon bawak lah kalkulator ya, kawan aku sebelah tak bawak, so kami share, tapi sian dia lah abis masa tunggu aku nak guna kalkulator. Untuk soalan math and bi ni ada 40 soalan dalam masa 90 minit. and again FULLY ENGLISH! Tips untuk ni, jangan spent lama ngat untuk satu soalan takut tak sempat.

And then soalan bi (dia campur-campur tau math ngan bi) bagi aku ni mencabar kit. Kalau boleh BACA KHATAM AND PAHAMKAN BETUL BETUL guide/soalan contoh yang dia kasi dalam modul tu. Sebab soalan dia lebih kurang tu je. Paham kan struktur ayat dia, insyaallah boleh jawab. Aku rasa susah sebab first dalam bi, second sebab ayat dia panjang-panjang so kena baca banyak kali last-last banyak masa terbuang.

Ok dah abis tu, korang akan dapat makan tengah hari, makan nasi ayam, sedappp! Ok pastu dalam pukul satu korang semua kene kumpul dalam main hall. Haaaaa masa ni aku jadi gelabah gila nak mati bapak padu haramnya. Aku baru tau yang dia akan paparkan nama candidates yang lepas ujian tu kat depan, dah lah besar gila. & disebabkan lagi dua kawan aku terdiri dari budak-budak pandai. Aku jadi segan la kalau aku sorang je yang tak lepas. And guess whut? entah macam mana (inilah yang dinamakan rezeki) ada pula nama aku kat situ, kawan aku lagi dua orang pun sama.

Lepas pergi solat, orang yang berjaya ke pusingan seterusnya (ecewahh) akan dibahagi kepada dua group besar A, B. Aku dapat A. And again guess whut? Kod aku adalah 1-A5 maksudnya saya GROUP SATU CANDIDATES NOMBO LIMA. Masa ni aku macam OH SHIT, group aku first yang kene interview. Lagi lah gelabah, segala rasa nak membuang semua kembali. Bila dah masuk tu kami ada 15 minit untuk try solve sendiri and came out with our very own solutions for the case given. Ok ni agak remeh, but dunt worry kalau aku boleh korang mesti boleh. Guna tips ni ; 

T - TOPIC (MAIN PROBLEM?) 
E - ELABORATION (WH QUESTION WHY THIS BECAME A PROBLEM?) 
E - EXAMPLE 
S - SOLUTION, PROVIDE 2/3 
L - LAST THOUGHT

Group aku ada enam orang, 2 perempuan 4 laki. AND SEMUA PERAMAH, TAKDAK PUN YANG BELAGAK AND ACAH PANDAI AND NAK KONKER SEMUA. And disebabkan kami group first, kami lah first diinterview. Santai gila iv ni, even panels pun join sekali duk meja bulat tu. Aku dapat sorang perempuan and sorang lagi laki. Yang perempuan sangat lah pemurah dengan idea, sangat membantu.

Panels ni takkan kata korang salah, but mereka akan try argue dengan statement korang, contoh korang kata ayam kepci kalau jual murah banyak orang nak beli. Deme akan tanya, apa kebaikkan kepada kompany kepci kalau jual murah. JANGAN GELABAH. Kalau kawan korang yang kene tanya, and nampak cam dia takleh jawab, korang boleh angkat tangan and jawabkan tapi pastikan dah nampak cam dia dah takleh sangat sangat baru try, sebab kang nampak cam korang nak konker pulak.

So first ada sesi kenal diri, and then korang akan diberi masa 5 minit untuk bentang apa yang korang brainstorm yang 15 minit kat atas tu. Masa ni jangan sampuk orang lain okey, just dengar angguk angguk geleng geleng kit nampak macam korang berminat dengan apa yang groupmate korang kata hahahahaha. And after semua dah abis, akan ada 30 minit untuk korang bincang nak guna solution apa untuk selesaikan case korang.

Lepas tu kene bentang. Masa ni lah korang akan kena tanya balik semua tu. so tu je lah sebenarnya, sebenarnya ada gak kebaikkannya aku first group, dapat balik awal, tapi entah kenapa group aku lama haram iv nya, mau dekat 2 jam, masa dah abis pun kami teruskan gak, sebab panel suruh teruskan. Bayangkan kawan aku yang group no 12 pun abis lebih awal dari kami. Kesian kat kawan aku yang group B, aku dah nak balik deme tak masuk lagi bilik IV HAHAHAHAHHAHAHA. OK tu jelaa ye, kalau ada soalan komen, nanti aku reply. 

UPDATE ; ALLHAMDULILLAH aku dapat biasiswa penuh tajaan petronas dalam chem eng. Kat UTP la, sebab itu first choice saya (: 

Bye and Assalammualaikum, ttyl, -Ena

You Might Also Like

0 5 comments !

recent posts

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe