PETRONAS EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME 2017 #PESP2017 (part 1)

Thursday, June 01, 2017
Assalammualaikum and Hey ebelybodiyh (:

Aku pecah entry ni kepada part I and part II.


So, tbh, aku nak post entry ni dua/tiga hari lepas lagi, but disebabkan blog aku buat masalah, (kalau post entry baru, dia tak keluar, aku pun taktau kenapa) so aku kene re-do aku punya blog (yup, semua sekali, tukar template baru) and finally, siap juga (not 100% laaa, but lets just bersyukur dengan apa yang ada sekarang k)

If you guys taktau lagi, aku ditawarkan (alhamdulillah) sponsorship dari petronas (let just call PET from now on) untuk abiskan foundation in engineering and sambung terus degree 4 tahun di UTP. Tak, aku tak nyesal pun apply for local studies if some of you guys are wondering.

So in this entry aku akan cakap sal pengalaman aku sepanjang programme tu berlangsung. Yup, entry ni akan jadi super-duper long okay guys! Tahun ni seperti biasa, program ni berlangsung di UTP, 2 hari-1 malam. Sebagai penerima korang WAJIB! tidur di UTP sebab 27/5 tu ada rehearsal before hari majlis tu berlangsung esoknya.

Sampai-sampai sana, ada pendaftaran, masa pendaftaran dia akan check nama and course yang ditawarkan, korang akan dapat tag (ala yang pakai kat leher tu) and satu cip biru (sangat kecik but SANGAT penting). And lepas daftar korang kena letak beg kat bilik khas, and lepastu kena tunggu yang lain daftar. Masa tunggu tu aku lepak library dengan kawan. Kelasmate aku lima orang dapat scholar PET ni so kami kumpul dalam library.

Lepas dah abis pendaftaran (pukul 12 tak silap) dah boleh masuk dewan besar (ada nama tapi aku tak reti eja) and masa ni parents dah boleh balik. Start rehearsal dari 12 sampai lah 6 rasanya. Break sekali kali je, 3:45 sampai 4:15 (oh jangan risau bagi yang non-muslim makanan tengah hari disediakan! Yang muslims kan 1st day puasa masa tu). Bukan nak kata lah but rehearsal dia sangat lah memenatkan!

Dah lah kasut aku besar plus tumit tinggi (whut? beauty is pain okay.) kena berlari-lari anak pula tu, sebab dia taknak majlis tu drag masa lama sangat. And masa nak naik pentas lah benda biru tu berguna, cip tu korang kena scan dekat scanner khas and bila korang scan tu nama penuh and course apa, negara mana akan terpapar dekat skrin besar. So, memang kena jaga lah benda tu sampai lah hari ambi awards yang sebenar.

Maybe disebabkan ist day puasa plus banyak kali rehearsal, aku sangat lah penat hari tu! Tapi nak buat macam mana, majlis tu 'besar' so everything must be perfect(?) 

Bila dah abis semua rehearsal, masa ni pihak petronas edar kunci bilik (yupsi kami tidur hotel!) and dapat tahu room mates masing-masing. Aku ada dua orang room mates (shoutout to amira and anisah)

dah abis edar kunci bilik, aku berlari (lagi dan lagi dan lagi) untuk ke surau, solat asar. Thanked god, surau yang aku pergi macam tersorok sikit, so tak ramai yang tahu pasal kewujudan surau tu, so tak perlu reut-rebut, mintak-mintak after telekung ((: 

Lepas tu, IFTOR! Ya Allah masa ni aku TERSANGATLAH HAPPY! at the same time terharu sebab pihak petronas (all the workers) sangat lah menjaga kebajikan(?) -aku taktau perkataan lain yang sesuai, bm saya lemah bebs- scholars dia. Nampaklah, dah nak waktu berbuka pun some of them still berlari sana-sini sediakan tempat duduk, and ask almost each and every one of us samada kami vege or ada alahan apa-apa. Ada yang sempat datang lepak meja aku, and ajak bergamba sekali.

And lauk dia jangan cakap lah weyh. Maybe sebab takda makanan tengahhari and tea semua tu so lauk berbuka amatlah mewah. Daging kambing blackpapper, udang masak merah plus petai, ayam something, aku tak pasti samada ayam madu or ayam apa. Sayur campur yang paling aku terliur, brokoli dia besau-besau beb. Aku pun terliur bila nak desc balik ni, dah lah tengah puasa sekarang ni.

Lepas berbuka and solat maghrib, kami kena ambik balik beg dari bilik khas tu, and beratur dekat depan library ikut huruf yang ada dekat tag masing-masing. Kalau dulu masa interview aku group first yang di-interview, nasib aku tak 'sebaik' dulu, aku dapat huruf G, group akhir, yang bermaksud, kalau gerak pergi mana-mana pun, bus akan ambik group aku akhir sekali. oh hampir lupa, pihak petronas ade bagi lagi supper (nasi goreng, ayam goreng, epal and afcos air kosong mesra)

Bus first arrived around 8:30, and bus aku arrived 9:10. Sampai je hotel, aku terus cop katil kiri hehe. Lepas dah isyak, iron baju, mandi semua aku pun jalan (serius penat and sakit kaki beb). Time sahur ade je sediakan makanan, but memang sejak azali aku pemalas, idak lah rajin nak tukar baju semua turun g makan. Lagipun perut kenyang lagi la makan nasi tadi. 

Part II nanti aku sambung eh (:


No comments:

Powered by Blogger.